Awas Dengan "Posting" Anda Jika Tak Mahu "Kantoi" Begini

Berhati-hati dengan apa yang anda muatnaik dalam media sosial, jika tidak mahu "kantoi" seperti lelaki ini, Danny Anderson.

Danny difahamkan telah menghantar mesej kepada bossnya, Craig, untuk memaklumkan bahawa dia tidak dapat bekerja kerana tidak sihat.

Namun ternyata alasan tersebut "memakan diri"nya.

Ini kerana dia sebenarnya telah menghadiri satu majlis dan gambarnya bersama seorang gadis telah dimuat naik di dalam Snapchat oleh wanita terbabit dan malangnya ia disaksikan oleh bosnya.

Rupa-rupanya wanita berkenaan merupakan kenalan bossnya, Craig.

Apabila Danny menghantar mesej kepada Craig untuk memaklumkan dia tidak dapat bekerja, bossnya telah membalas dengan menghantar kembali gambar tersebut kepadanya.

“Tertangkap dalam Snapchat. Penipu **@#!,’’ demikian tulis Craig pada Danny.

Dalam keadaan terdesak itu Danny masih cuba menipu dengan menyatakan bahawa kononnya gambar itu bukan dirinya namun dia terpaksa mengalah juga akhirnya.

Manakala Craig pula kemudian melihat perkara berkenaan sebagai sesuatu yang melucukan, teruklah Danny kena bahan dengan boss lepas ini, kan? -Kedahnews.com