KUALA LUMPUR – PAS menyeru seluruh umat Islam Malaysia mengelak daripada terpedaya dengan dakyah kuasa barat bagi menghuru-harakan negara Islam dengan alasan kebebasan dan hak asasi manusia.
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, kuasa barat menganggap umat Islam pencabar paling berbahaya kepada kepentingan mereka.
“Negara kuasa besar khususnya Barat, adalah yang paling lantang menyuarakan kebebasan, keamanan, keselamatan, hak asasi manusia, keadilan, ketelusan dan sebagainya.
“Namun mereka pula boleh melakukan apa sahaja demi kepentingan mereka semata-mata, khususnya terhadap umat Islam yang dikira pencabar paling merbahaya.
“Mereka bertindak bukan kerana hujah yang sebenar, tanpa disedari umat Islam, mereka juga menjadi mangsa pihak ketiga yang memperalatkan pertembungan sesama umat Islam, yang kalahnya menjadi abu dan menangnya menjadi arang,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Abdul Hadi berkata, kuasa barat boleh melakukan apa sahaja terhadap umat Islam seperti yang berlaku di Afghanistan, Iraq, Syria, Yaman, Afrika Tengah dan negara-negara yang menunggu giliran menjadi mangsanya.
Kata beliau, banyak dalil menunjukkan kekacauan yang berlaku di rantau Asia Barat adalah pembaharuan ‘road map’ yang dilakar dengan darah yang sengaja ditumpahkan demi melaksanakan perancangan baru.
“Objektifnya ialah bagi menjamin keutuhan pangaruh penjajah dan Zionis yang berterusan. Maka, sebarang perubahan yang berlaku dan yang menunjukkan boleh kembali kepada Islam, yang dikira berkemungkinan kepada perubahan yang bersifat negatif terhadap Israel dan Zionisnya akan ditentang habis-habisan,” katanya. -Kedahnews.com