MALAYSIA amat bergantung kepada pekerja asing untuk bekerja di negara ini. Kita juga memerlukan pelajar asing untuk mendidik mereka dengan acuan kita yang mementingkan ilmu dan sains teknologi bagi melahirkan tenaga pakar yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara mereka. Di samping itu, kita juga menggalakkan pelancong asing melancong ke negara kita untuk melihat kemajuan dan keindahan negara ini sambil menyumbang kepada pembangunan ekonomi Malaysia.
Begitupun kita sering terperangkap dengan gejala-gejala negatif seperti pelajar asing menyalahgunakan visa untuk kerja-kerja maksiat, pelancong asing mengambil kesempatan melakukan jenayah rompak, mencuri dan pelbagai kegiatan yang menyalahi undang-undang negara, demikian juga halnya dengan pekerja asing.
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan pendedahan pihak polis bahawa terdapat orang asing berpakat dengan rakyat kita untuk menghidupkan kegiatan yang menentang undang-undang seperti pertubuhan diharamkan kerajaan atau menghasut rakyat tempatan menyokong dan menyertai kegiatan kumpulan pengganas Daesh.
Selama ini gerakan ekstrem seperti itu hanya berlaku di negara-negara lain walaupun mengikut laporan pernah mendedahkan bahawa ada di antara penggiat kumpulan berkenaan mendapat inspirasi dan latihan dari Malaysia.
Kita tentu berasa kesal sekiranya gerakan seperti itu benar-benar berlaku di Malaysia lebih-lebih lagi setelah sekian lama negara mencapai kemerdekaan. Dengan kebangkitan Islam yang telah lama di negara ini juga memperlihatkan pembangunan ekonomi, pendidikan dan politik, maka tentulah perkembangan harmoni itu tidak ingin kita rosakkan begitu sahaja terutamanya dengan gerakan keganasan dan kekacauan yang selama ini tidak pernah berlaku.
Kenapakah kita harus mengambil jalan keganasan untuk menegakkan ajaran agama dan membangunkan Islam di negara kita? Bukankah selama ini gerakan Islam di sini sentiasa dijalankan dengan penuh sokongan rakyat dan kerajaan sendiri? Bukankah pengajian agama kita termasuk yang dijalankan di sekolah dan pondok telah dibawa ke dalam arus perdana sistem pendidikan negara kita? Bukankah badan-badan bukan kerajaan yang bergerak dalam bidang agama telah pun mendapat bantuan rakyat dan kerajaan dengan aktiviti keagamaan yang berbentuk pendidikan dan ilmu, pembangunan belia dan pelajar Islam?
Inilah sebenarnya gerakan Islam yang selama ini berada di dalam negara kita, dan berjalan dengan penuh aman harmoni tanpa sebarang kegiatan yang melibatkan keganasan dan gerakan bawah tanah yang tidak banyak membantu dakwah dan pengembangan agama kita.
Oleh itu pihak polis dan keselamatan negara khususnya amatlah bijak ketika membongkar hal ini dan memberi peringatan kepada kita, supaya berhati-hati dengan gerakan yang bakal memusnahkan agama, bangsa dan negara kita sendiri, termasuk peringatan terakhir dalam beberapa hari ini tentang bahayanya mengambil fatwa-fatwa tertentu yang agak menyeleweng dan membawa kepada pengaruh keganasan dan kekerasan seperti Daesh yang sedang berlaku sekarang ini.
Dalam pandangannya tentang merebaknya gerakan ekstremisme, Dr. Yusuf al-Qaradhawi pernah menegaskan bahawa salah satu sebabnya ialah kerana kecetekan intelektual dan visi segelintir umat Islam, khususnya angkatan muda, tentang isu-isu sampingan yang diberikan keutamaan, melebihi isu-isu fundamental serta dasar dan keengganan mereka menerima ajaran Islam yang jelas daripada ayat-ayat al-Quran dengan lebih menumpukan kepada pentafsiran yang mengelirukan.
Beliau memberikan contoh dalam konteks ini kandungan pengertian ayat 7 dalam surah Ali-Imran yang bermaksud:

“Dialah yang menurunkan kepada mu (Wahai Muhammad) kitab suci (al-Quran) sebahagian besar daripadanya ialah ayat-ayat “muhkamat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya, serta jelas maksudnya) ayat-ayat (muhkamat) itu ialah ibu (atau pokok) isi al-Quran. Dan yang lain ialah ayat-ayat ”mutasyabihat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya) oleh sebab itu (timbullah fahaman-fahaman yang berlainan dan berbeza-beza menurut tafsiran dan kandungan hati masing-masing).”
Dalam konteks ini ternyata bahawa kandungan al-Quran banyak mengandungi pengertian yang jelas dan nyata, yang dapat difahami dengan mudah dan diamalkan oleh umat Islam, namun menurut ayat ini juga bahawa golongan yang cenderung kepada penyelewengan akan sentiasa melakukan pentafsiran yang boleh mengelirukan pemikiran orang lain sehingga melahirkan fitnah dan yang menciptakan berbagai-bagai aliran mazhab yang tertentu.
Menurut Al-Qaradhawi, akibat keadaan itu maka Islam dan ajarannya menjadi amat asing di dalam negara-negara Islam sendiri dengan berleluasanya penyelewengan moral dan akhlak termasuk penyelewengan akidah dan peri laku umat Islam yang bertentangan dengan syariah dan contoh teladan Nabi Muhammad SAW sendiri.
Maka dalam keadaan ini ternyata sekali bahawa kelahiran unsur-unsur radikal dan ekstrem juga satu penjelmaan pentafsiran Islam yang salah, terutamanya ketika mentafsirkan Islam sebagai agama yang merupakan sistem hidup yang lengkap.
Dengan itu tepat sekali sekiranya pihak berkuasa negara kita mengingatkan supaya sentiasa berhati-hati dengan pengaruh luar terutamanya yang ‘berselimutkan’ Islam secara palsu, juga bentuk doktrinasi yang bersifat fatwa kepada keganasan supaya hal ini tidak mempengaruhi akal dan minda rakyat kita untuk memesongkan aliran pemikiran kita ke arah peri laku radikal dan jauh sama sekali dari ciri-ciri peradaban Islam dan nilai-nilai murninya.
*PROF. DATUK DR. ISMAIL IBRAHIM ialah Penyandang Kursi Sultan Mizan Zainal Abidin di Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza)/Utusan