Tiga beradik dijangkiti rotavirus selepas mandi di taman tema pada Sabtu lalu sedang menjalani rawatan di sebuah hospital pakar di Sungai Petani. |
PADANG SERAI - Kegembiraan tiga beradik yang menghabiskan hujung minggu di sebuah taman tema dalam negara ini sempena hari keluarga tidak berpanjangan apabila disyaki terkena jangkitan rotavirus sejak Ahad lalu.
Bapa mangsa, Mat Nasir Abu Bakar,38, berkata anaknya berusia 10, enam dan tiga tahun itu mula menunjukkan perubahan apabila muntah dengan kerap dan cirit-birit sehari selepas mandi di satu taman tema di dalam negara pada Sabtu lalu.
“Mula-mula saya ingatkan anak-anak saya keracunan makanan, namun mula pelik apabila mereka mula muntah dengan kerap dan cirit-birit sehingga badan menjadi lembik,”katanya.
Bimbang melihat keadaan anaknya yang semakin teruk dia terus mendapatkan pandangan rakannya dan menasihatkannya segera mendapatkan rawatan di hospital.
“Pada malam Ahad itu saya terus bawa ketiga anak ke sebuah hospital pakar di Sungai Petani untuk mendapatkan rawatan.
“Dalam perjalanan ke hospital yang mengambil masa tidak lebih 30 minit itu anak-anak muntah lebih dari 10 kali menyebabkan saya makin bimbang dan risau,”katanya.
Tambahnya, keadaan anaknya kini stabil namun masih menghidap demam dan muntah sehingga terpaksa ditahan di wad sehingga mereka pulih sepenuhnya.
“Sekarang pun mereka masih ditahan di wad, dan anak saya masih demam dan muntah namun sudah berkurangan, doktor pun sahkan mereka terkena jangkitan rotavirus kemungkinan berpunca daripada pencemaran air di taman tema berkenaan,”katanya.
Dalam pada itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Datuk Dr Norhizan Ismail mengesahkan maklumat yang diviralkan berhubung kanak-kanak yang dimasukkan ke wad disebabkan rotavirus.
Katanya, sebayak tujuh kes melibatkan melibatkan kanak-kanak berusia antara 11 bulan hingga 10 tahun telah dilaporkan menerima rawatan di dua hospital berbeza.
“Empat kanak-kanak berusia antara 11 bulan, dan setahun lapan bulan telah di masuk ke wad di Hospital Kulim.Kita juga dapat maklumat di hospital swasta di Sungai Petani ada tiga lagi kes melibatkan kanak-kanak yang juga adik beradik berusia 10, enam dan tiga tahun yang dimasukkan ke dalam wad pada 26 September lalu akibat jangkitan virus tersebut,”katanya.