Bayar RM600 Untuk Pelamin, Inilah Yang Kami Dapat...

Seorang wanita meluahkan rasa kecewa di media sosial ekoran seolah tertipu dengan pihak pembekal barangan pelamin perkahwinan adiknya yang langsung tidak mempunyai kualiti seperti yang dijanjikan.

Pengguna akaun Facebook Yana Jasmine turut memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan rekaan pelamin tersebut yang terlalu ringkas, menggunakan material tidak sesuai dan boleh dikatakan terlalu buruk.

“Tersangatlah ralat bila pelamin yang ditempah, diterima tak seperti yang diminta.

“Tempahan pelamin dan deposit dibuat pada 11 Mei, majlis pula pada 16 September. Tempoh yang cukup panjang untuk disiapkan.

“Tapi apa yang kami terima? Palete buruk yang dihantar pukul 1 pagi dan kerusi dihantar pukul 8.30 pagi, 2 jam sebelum majlis.

“Sikap tanggungjawab langsung tak ada bila diberi peluang untuk baiki balik. Cuma mesej, “ini je mampu dibuat” dengan pelbagai alasan. Datang pasang dan bukak pelamin tanpa kata apa-apa,” tulisnya.

Difahamkan, jumlah bayaran yang dikenakan oleh pihak pembekal adalah RM600 dan pembayaran telah dilakukan beberapa bulan sebelum majlis.

Kepada pihak bertanggungjawab, jangan hanya pentingkan untung sebelah pihak sahaja, kepuasan pelanggan merupakan perkara paling utama dalam memastikan perniagaan kekal lama dan terus maju.

Yang penting kenalah sentiasa bersungguh-sungguh dalam menjalankan kerja yang telah diamanahkan. -Kedahnews.com