Bekam Mampu Rawat Pelbagai Penyakit

Mohd Izuwan sedang membuat rawatan bekam kepada salah seorang pesakit.
KUALA KETIL - Rawatan bekam bukan sahaja mampu mengatasi penyakit, malah sesuai menaikkan seri wajah seseorang.

Kaedah ini sememangnya diyakini apatah lagi ianya satu-satu amalan perubatan Islam.

Pengurus Pusat Rawatan Intrac, Mohd Izuwan berkata, menaikkan seri wajah perlu dilakukan dengan rawatan bekam di bahagian wajah dengan disertakan dengan sedikit urutan sengkak wajah.

Menurutnya,  kaedah itu akan membuang toksin , sel darah mati serta kolesterol yang terdapat pada saluran darah .

“Rawatan bekam di bahagian muka boleh menghilangkan pelbagai jenis masalah seperti jerawat, resdung dan sebagainya, ia termasuklah mampu menaikkan seri wajah.

“Pelanggan yang mengambil rawatan terdiri daripada lelaki dan perempuan, kebanyakan mereka yang membuat rawatan di sini datang dari serata pelosok Malaysia seperti Selangor, Kuala Lumpur, Perak, Perlis dan lain-lain ,” katanya ketika ditemui di Pusat Rawatan Intrac, di sini semalam.

Beliau berkata, selain daripada seri wajah, ramai daripada pelanggannya mengambil rawatan bekam bagi penyakit kronik.

“Telah ramai pesakit gout,  strok dan migrain sembuh selepas mengambil rawatan bekam ini.

“Tetapi bagi pesakit yang ingin mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Intrac, mereka akan diagnosis tahap penyakit terlebih dahulu ,” katanya.

Mohd Izuwan berkata, pesakit juga akan diberikan konsultasi secara percuma tentang  penyakit yang ada pada diri mereka.

“Kami mempunyai beberapa kaedah diagnosis , antaranya dengan melihat tapak tangan pesakit, lidah, dan juga iridologi dengan menggunakan sistem berkomputer," katanya.

Dalam pada itu, Mohd Izuwan berkata, Pusat Rawatan Intrac sering memberikan khidmat sosial rawatan secara percuma kepada asnaf yang memerlukan.

“Pihak kami melaksanakan program khidmat sosial itu secara bulanan,.

"Mana-mana pesakit yang tidak mampu untuk menanggung kos rawatan yang tinggi akan dipilih untuk dibantu ,” katanya.

Sumber: Sinar Harian