ALOR SETAR - Pas Kedah mohon pertimbangan kerajaan negeri agar tidak menyambung kontrak syarikat konsesi air yang didakwa merugikan Kedah.
Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, kerajaan negeri tidak wajar mengulangi kesilapan lalu dengan menyambung perjanjian penswastaan operasi rawatan air di lima loji dan pengurusan bekalan air ke Pulau Langkawi.
“Kami harap kerajaan negeri pimpinan, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah senada dengan keputusan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebelum ini yang bersetuju kontrak tidak akan disambung,” katanya.
Menurutnya, pihaknya turut mempersoal tindakan menamatkan perkhidmatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Syarikat Air Darul Aman (Sada), Datuk Adzmi Din, 31 Ogos lalu, empat bulan lebih awal daripada kontrak berakhir (Disember 2016), yang dibuat secara tergesa-gesa.
“Kami bimbang ini sebahagian cara melancarkan usaha melanjutkan kontrak konsesi air kerana perjanjian itu antara syarikat konsesi dengan Syarikat Air Darul Aman (Sada) sebagai pemegang lesen operator air. Adzmi selaku peneraju Sada sejak diwujudkan pada 2010, konsisten membantah penswastaan itu,” katanya.
Muhammad Sanusi berkata, sejak awal beliau bertegas penswastaan itu membebankan dan tidak wajar diulangi jika kerajaan negeri mahu pastikan Sada muncul sebagai operator bekalan air yang berkemampuan menjana pendapatan bagi melunaskan hutang kerajaan negeri (RM1.7 bilion) kepada persekutuan.
“Tidak mustahil pendirian Adzmi itu menyebabkan beliau hilang jawatan. Malah Pas Kedah mempunyai bukti beberapa rundingan dan usaha melobi antara pemimpin BN Kedah bersama syarikat berkenaan dilakukan sejak dua bulan lalu,” katanya.
Menurutnya, konsesi itu dianugerahkan pada 1990 melalui perjanjian penswastaan yang berakhir Oktober 2020, di mana operasi ini menggunakan perbelanjaan besar sektor bekalan air, yang sepatutnya dimanfaatkan untuk meningkatkan perkhidmatannya.
“Pas Kedah konsisten membantah penswastaan itu, termasuk menyemak semula perjanjian untuk menamatkan kontrak ketika kami terajui kerajaan, namun tiada jalan keluar dan terpaksa menunggu konsesi tamat,” katanya.
Muhammad Sanusi yang juga bekas ahli Lembaga Pengarah Sada mendakwa, penswastaan itu bertentangan dengan dasar penswastaan negara, kerana sepatutnya dapat mengurangkan bebanan kewangan kerajaan, namun berlaku sebaliknya.
“Dalam 10 tahun terakhir, kerajaan negeri membelanjakan RM140 juta setahun daripada pendapatan kepada syarikat konsesi, sedangkan beban ini dapat dikurangkan jika operasi dilakukan sendiri oleh Sada,” katanya.
Menurutnya, kos rawatan air di loji yang diswastakan boleh dikurangkan 10 sen setiap meter padu daripada harga ditetapkan pemegang konsesi.
“10 sen itu mewakili RM63,600 sehari atau RM1.9 juta sebulan atau RM22.8 juta setahun, berdasarkan kapasiti pengeluaran lima loji kendalian konsesi itu. Manakala kos membeli air terawat daripada loji adalah RM102,388,857,” katanya.
Muhammad Sanusi berkata, penswastaan ini juga mendatangkan liabiliti (beban) kepada kerajaan dan rakyat apabila melibatkan peningkatan tarif untuk menampung kos.
“Jika syarikat itu diberikan hak penguasaan lebih luas termasuk membangunkan infrastruktur bekalan air melalui kaedah Private Initiative Fund (PFI), berbanding peruntukan geran persekutuan dibimbangi berlaku kenaikan tarif,” katanya.
Menurutnya, risiko kadar kehilangan air tak berhasil (NRW) diletakkan sepenuhnya kepada Sada yang bergelut dengan keuzuran jajaran paip kerosakan pam, kenaikan tarif elektrik, kerosakan meter dan bencana alam.
Sumber: Sinar Harian