KUALA TERENGGANU – Gara-gara menyediakan perkhidmatan memasang pendakap gigi secara haram di sebuah hotel di sini, seorang gadis didenda RM25,000 selepas mengaku bersalah atas kesalahan itu di Mahkamah Sesyen, semalam.
Nurul Nadzirah Mohd Saidi, 21, didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 10.05 malam, di Hotel Permai, Jalan Sultan Mahmud, Kuala Terengganu, 27 April lepas.
Untuk pertuduhan itu, Nurul Nadzirah didakwa di bawah Seksyen 27, Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 kerana melanggar peruntukan Subseksyen 4(1) akta berkenaan.
Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dikenakan denda sehingga RM300,000 atau dipenjarakan sehingga enam tahun atau kedua-duanya.
Dalam rayuan minta diringankan hukuman, Nurul Nadzirah berkata dia kini menganggur dan akan melangsungkan perkahwinan bulan depan. Hakim Rofiah Mohamad kemudian menetapkan tertuduh membayar denda sebanyak RM25,000
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Kementerian Kesihatan, Nur Khaikiyah Samsudin.
Terdahulu Nurul Nadzirah mengaku menjalankan perkhidmatan itu walaupun tidak mempunyai sebarang kelayakan dalam bidang perubatan pergigian.
Tertuduh juga mengaku mempelajari cara memakaikan pendakap gigi kepada pelanggannya menerusi rakan-rakan di saluran Youtube. – BERNAMA