Kanak-kanak menjalankan aktiviti catan di Pusat Aktiviti Kanak-kanak Sungai Petani. |
SUNGAI PETANI – Conteng dinding atau bercatan? Ramai ibu bapa yang memarahi anak-anak menconteng dinding yang dianggap perbuatan itu bakal memberi satu pemandangan buruk.
Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda, Faezah Nadiah Md Sairy berkata, sebenarnya aktiviti catan mampu meningkatkan daya kreativiti kanak-kanak selain membantu mereka yang berdepan masalah.
Menurutnya, ada sesetengah ibu bapa memarahi anak-anak sekiranya mereka menconteng dinding tetapi tahukah anda sejauh mana kelebihan dalam aktiviti itu.
“Memang benar perbuatan itu menjadikan dinding lebih buruk namun jika anak anda sukakan aktiviti sebegitu seharusnya sediakan tempat tertentu untuk mereka.
“Sepertimana yang dipertontonkan dalam sebuah filem yang menunjukkan aktiviti catan mampu memberikan ruang kepada kanak-kanak disleksia menonjolkan bakat mereka," katanya ketika menjalankan aktiviti bercatan di Pusat Aktiviti Kanak-Kanak Sungai Petani, baru-baru ini.
Katanya, ruangan khas yang disediakan ibu bapa ini mampu menterjemahkan hasil kreativiti anak-anak.
"Boleh jadi ia salah satu pendekatan digunakan untuk meluahkan perasaan yang terpendam dalam hati mereka tetapi tidak mampu diucapkan dengan kata-kata.
“Ada yang beranggapan lukisan yang terhasil amat bernilai namun ada juga sebaliknya. Namun apa pun hasilnya ia adalah bakat seni,” katanya.

Sumber: Sinar Harian