Berita Duka, Safiey Ilias Akui Jadi Maknyah Semula


Sebelum ini ramai pihak yang memuji perubahan positif usahawan muda, Safiey Ilias apabila membuat keputusan untuk berubah dari seorang maknyah kepada lelaki sejati dan dia mendapat liputan meluas media.

Kecekalan Safiey dan nekadnya untuk menjalani kehidupan sebagai seorang lelaki tulen sekaligus menunaikan tuntutan agama Islam yang dianutinya menarik perhatian ramai yang mendoakan seluruh golongan maknyah di negara ini mengikut jejak langkah jutawan muda itu.


Perubahan Safiey telah mendapat liputan yang sangat meluas sehingga dia dijemput menjadi tetamu dalam pelbagai program televisyen, termasuk di stesen TV AlHijrah.

Namun semalam, seluruh warga Malaysia dikejutkan sekali lagi apabila Safiey membuat keputusan untuk menjadi Sofea Iliyas, seorang mak nyah semula.


Pada mulanya, Safiey memuat naik gambarnya berpakaian wanita di akaun Instagram dan posting tersebut segera menjadi buah mulut ramai.

Rata-rata netizen mengecam keputusan yang dibuat Safiey malah menggangapnya mempermainkan agama untuk meraih perhatian demi perniagaan.

Selepas menerima kritikan dan ada pihak yang meminta penjelasan Safiey, dia mengambil keputusan membuat kenyataan pengesahan di Facebooknya sendiri bagi menjelaskan perkara sebenar.

Menurut Safie, penghijrahannya terbantut kerana berasakan dirinya tidak dibantu oleh orang sekeliling yang sering mencemuh sehingga menyebabkan dia berputus asa untuk terus kembali kepada fitrahnya, seorang lelaki.

Tulisnya di Facebook;



Siapa yang tidak sedih kalau ada saudara seagama yang membuat keputusan seperti ini bukan?

Memang susah untuk berubah ke arah kebaikan, tetapi itu merupakan ujian dan kita mesti terus kuat dan tidak putus asa.

Mungkin ada hikmah di sebalik perkara yang terjadi ini. Semoga satu hari nanti Safiey akan kembali kepada fitrahnya dan menjalani kehidupan yang normal, sama seperti  lelaki lain.

Mendoakan lebih baik daripada mencemuh.. –Kedahnews.com