Bersiul Mengorat Salah Dari Sudut Perundangan, Boleh Dihukum

Lelaki yang tinggal di Nottingham, England tidak dibenarkan lagi bersiul untuk menarik perhatian atau mengoda wanita.

Ini berikutan, pihak polis di bandar itu telah menetapkan undang-undang baru yang melarang kaum Adam daripada berbuat sedemikian.

Bagaimanapun, sekiranya gagal mematuhi arahan tersebut, tindakan undang-undang boleh dikenakan.

Ketua Polis Nottingham, Sue Fish berkata, perbuatan ini dianggap sebagai satu kesalahan sivil kerana boleh mendatangkan kebencian.

“Ini merupakan satu jenayah atau kejadian apabila mangsa merasakan ia berlaku kerana mereka adalah wanita,” katanya.

Jenayah berdasarkan kebencian merupakan tindakakan jenayah yang dilakukan mengikut prasangka terhadap identiti seseorang seperti kecacatan, jantina, etnik, agama atau kepercayaan, dan orientasi seksual.

Pihak polis Notthingham setakat ini telah berjaya menahan dua orang lelaki, sementara 22 kes lagi dilaporkan melibatkan kes jenayah berdasarkan kebencian ini. – Kedahnews.com