Berusia 76 Tahun Masih Terpaksa Panjat Tingkat 5 Cuci Tingkap

HONG KONG – Seorang warga emas berusia 76 tahun berani memanjat tingkap di bahagian luar apartmennya di tingkat lima semata-mata mahu membersihkannya.

Menurut sumber, penduduk di apartmen tersebut sering melihat Mo Kam Tai berdiri tanpa sebarang bantuan keselamatan di bahagian luar tingkap rumahnya.

Walaupun sudah berkali-kali dilarang oleh anaknya yang tidak membenarnya Mo berbuat demikian, Mo tetap berdegil untuk membersihkan tingkap tersebut menggunakan caranya sendiri.

Minggu lalu, seorang pemasang piring satelit, Kieran meluahkan rasa kagum dan terkejutnya melihat seorang ‘nenek’ sedang membersihkan tingkap tanpa sebarang kerisauan di wajahnya.


“Apa yang mengejutkan saya ialah melihat nenek tersebut sedang berdiri di luar rumahnya di atas permukaan yang basah.

“Dia membersihkan tingkap tanpa sebarang ketakutan dan tiada apa yang menyokongnya beridir di situ,” kata Kieran.

Menurut anak Mo, ibunya pernah terkunci di luar tingkap semasa sedang membersihkannya, tetapi perkara itu langsung tidak memberikan kesan terhadap dirinya. – Kedahnews.com