Biadap! Ekstrimis Anti-Islam Sengaja Bina Tembok Halang Ke Masjid

Tembok blok konkrit dibina di hadapan pintu masuk masjid di bandar Parchim di utara Jerman terbabit.
BERLIN - Kumpulan ekstremis berhaluan kanan di utara Jerman bertindak biadab menghalang pintu masuk sebuah masjid dengan membina tembok blok konkrit selain turut menutupinya dengan risalah anti-Islam.

Menurut laporan diterbitkan Telegraph, kejadian itu berlaku di bandar Parchim di Mecklenburg-Vorpommern pada 26 Ogos lalu dan ia dipercayai sebagai tanda protes terhadap dasar propelarian Canselor Angela Merkel.

Beberapa ahli kumpulan pelampau terbabit turut menghalang penduduk Islam yang mahu menunaikan solat Jumaat daripada memasuki masjid tersebut.

Difahamkan, insiden itu juga telah menyebabkan tiada laungan azan untuk memanggil kira-kira 150 penduduk Islam yang menetap di bandar terbabit mendirikan solat.

Susulan itu, satu siasatan sedang dijalankan, namun pihak berkuasa tidak menolak kemungkinan ia adalah jenayah kebencian berikutan kejadian tersebut merupakan serangan kedua ke atas masjid di bandar kecil terbabit sejak beberapa bulan lalu.

Sumber: Press TV