SIBU - Empat anggota paramedik yang tiba dengan ambulans terpaksa meminta bantuan Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk membawa seorang lelaki obesiti ke hospital, Rabu.
Sia Chi Herng, 33, yang mempunyai berat badan 250 kilogram terlalu lemah dan bengkak kakinya, sehingga tidak mampu berdiri, sekali gus memaksa anggota paramedik mendapatkan bantuan tambahan untuk mengangkat lelaki itu di rumahnya di Ulu Sungai Merah, di sini.
Menurut Penolong Penguasa Kanan Bomba Terry Robson, empat anggota bomba tiba dengan kenderaan Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) dan Jentera Penyelamat Rapid (RRV) ke rumah lelaki itu kira-kira pukul 11.35 pagi.
Namun, mereka terpaksa meminta bantuan daripada rakan untuk membawa lori berikutan tubuh lelaki itu terlalu besar bagi dimasukkan ke dalam ambulans.
Dibantu tiga anggota JPAM, mereka mengambil masa setengah jam untuk menaikkan Sia ke atas lori dan membawanya ke hospital bagi menjalani rawatan. - Bernama