Brad - Angelina Bercerai, Madame Tussauds Pisahkan Patung Lilin "Brangelina"


Tidak sampai 24 jam berita penceraian pasangan terkenal Brad Pitt dan Angelina Jolie tersebar, muzium lilin terkenal di London iaitu Madame Tussauds bertindak memisahkan patung lilin kedua-duanya.

Pengumuman itu dibuat pada, Rabu, menerusi laman Twitter rasmi muzium berkenaan.

Menurut jurucakap muzium berkenaan, tindakan itu dibuat bagi mencerminkan perpisahan yang berlaku antara Jolie dan Pitt.

“Pasangan patung lilin yang dilancarkan pada 2013 ini, kini dipaparkan dalam keadaan berjauhan antara satu sama lain,” katanya.

Difahamkan, patung Jolie diletakkan berhampiran Nicole Kidman manakala Pitt dibariskan bersama gandingannya dalam beberapa filem, Morgan Freeman.


Piit dan Jolie yang sering mendapat jolokan bersama ‘Brangelina’ mendirikan rumah tangga pada 2014.

Pasangan ini dikatakan bercinta selepas berlakon dalam filem Mr & Mrs Smith. Ketika itu, Pitt masih lagi bergelar suami kepada pelakon Jennifer Aniston. – Kedahnews.com