Buka Kedai Kopi Di Varsity Mall UUM, Raja Ilya Nafi Ditaja VIP


PELAKON Raja Ilya kini sudah memulakan perniagaannya dengan membuka sebuah lifestyle coffee shop, Richiamo Coffee di Varsity Mall, Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok, Kedah.

Namun begitu, terdapat pula dakwaan yang menyatakan Raja Ilya ditaja oleh golongan berstatus kenamaan atau VIP yang mungkin merupakan teman istimewanya.

Menerangkan perkara sebenar, Raja Ilya menjelaskan bahawa perniagaan tersebut merupakan hasil kolaborasinya bersama rakan kongsi yang lain, bukan tajaan VIP seperti yang didakwa.

“Tak timbul soal saya ditaja golongan VIP kerana ini merupakan perniagaan perkongsian bersama dua orang rakan yang lain.

“Kalau saya ditaja, lebih baik saya buka perniagaan sendiri tanpa berkongsi dengan mana-mana pihak dan membukanya di pusat bandar seperti di Pavillion, Kuala Lumpur,” katanya kepada Astro Gempak.

Raja Ilya juga memberitahu bahawa perniagaan tersebut dibuka menggunakan wang bayaran yang diterima sebagai duta produk selama ini, tidak mengganggu wang simpan peribadinya.

“Sebelum ini, saya pernah dilantik menjadi duta untuk beberapa jenama dan produk. Setiap kali mendapat bayaran hasil menjadi duta, saya tidak menggunakannya.

“Wang tersebut saya gunakan sebagai modal untuk membuka Richiamo Coffee bersama dua rakan kongsi yang lain, tanpa menggunakan wang simpnan peribadi saya.”

Tambahnya, mereka juga mempunyai perancangan untuk membuka cawangan kedua di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA), Gombak, tidak lama lagi. – Kedahnews.com