PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan menafikan penglibatan guru dalam video viral menerusi media sosial yang memaparkan pasangan bercumbu baru-baru ini.
Menterinya, Datuk Seri Dr. Mahdzir Khalid berkata, siasatan mendapati pelaku dalam video berkenaan bukan guru dan tidak melibatkan institusi di bawah KPM.
Menurutnya, rakaman itu dipercayai dibuat lapan tahun lalu di pejabat salah sebuah ladang di Segamat, Johor.
“KPM akan terus melakukan siasatan bagi mengenalpasti watak-watak utama dan lokasi sebenar kejadian,” katanya yang dikongsi dalam laman Facebook, malam semalam.
Netizen turut menyatakan, perkongsian video tersebut memberikan tanggapan negatif kepada imej seorang guru dan fitnah.
Baru-baru ini, sebuah video yang berdurasi lapan minit dimuat naik dalam laman perkongsian video, YouTube memaparkan aktiviti tidak ‘senonoh’ dua individu yang dipercayai guru.
Aksi intim dua individu dipercayai dirakam oleh lelaki dalam video berkenaan dikritik netizen kerana melakukan perbuatan tidak bermoral. -Kedahnews.com