Cantiknya Deena Bakal Isteri Saharul Ridzwan

Perkongsian beberapa keping gambar sekitar majlis khatam Al-Quran oleh bakal isteri pelakon Saharul Ridzwan, Deena Emir mendapat pujian daripada netizen.

Rata-ratanya memuji kecantikan Deena yang persis patung Barbie tetapi dalam busana Muslimah.

Beberapa keping foto majlis Khatam Al-Quran dan doa selamat yang diadakan baru-baru ini dimuat naik Deena menerusi akaun Instagramnya.

Netizen mengucapkan tahniah dan mendoakan supaya pasangan yang bakal bernikah Jumaat ini bahagia hingga ke akhir hayat.

Keperibadian Deena turut dipuji netizen kerana dianggap memenuhi syariat agama untuk seorang wanita muslimah.


Majlis perkahwinan Saharul Ridzwan, 27, dan bakal isterinya Deena Emir atau Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir, 28, akan berlangsung di Dewan Sri Siantan, Presint 3, Putrajaya pada 16 September ini.

Manakala satu majlis khas buat peminat akan diadakan pada 18 September dan lokasinya akan diberitahu kemudian. –Kedahnews.com