Ponnammal bergambar kenangan bersama anak-anak didiknya daripada Tingkatan 5B. |
ALOR SETAR - Kerjayanya sebagai pendidik bermula pada 1993 dan sejak itu, K Ponnammal, 50, menyedari tugas dan peranannya sangat besar bagi melahirkan anak bangsa yang bakal menerajui negara suatu hari nanti.
Gemar memakai baju kurung ketika ke sekolah, Ponnamal memulakan khidmatnya sebagai guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Mahawangsa, Jitra, selepas menamatkan pengajian di Maktab Perguruan Raja Melewar, Negeri Sembilan.
Meneruskan khidmat sebagai guru di SMK Tunku Abdul Aziz sejak 1994 hingga kini, Ponnammal berkata, dia tidak mengalami masalah menyesuaikan diri dengan corak budaya Melayu.
“Saya tak rasa kekok, malah tak pernah timbul perasaan sebegitu. Saya ada ramai kawan Melayu dan Cina sejak kecil dan mesra dengan mereka,” katanya.
Menurut Ponnammal, walaupun dia mengajar pelajar yang berlainan bangsa, namun kerana terlalu cintakan ilmu dan kerjaya, semua itu tidak menjadi penghalang.
“Ini kerjaya saya dan saya meletakkan komitmen yang tinggi untuk mencapai sasaran dikehendaki.
“Bagi saya, semua pelajar saya adalah sama, tidak kira Melayu, Cina atau India. Saya nak mereka maju jaya dalam semua bidang,” katanya.
Bina 'jambatan kasih'
Ponnammal yang mengajar mata pelajaran Perdagangan dan Bahasa Inggeris berkata, dia cintakan ilmu yang ada padanya dan cuba sedaya upaya membantu anak didiknya berjaya dan menjadi manusia berguna pada masa hadapan.
“Saya berusaha menjalinkan hubungan yang rapat dan mesra dengan pelajar saya terutama pelajar tingkatan lima kerana selain mengajar mereka mata pelajaran Perdagangan, saya juga adalah guru tingkatan mereka.
“Saya mesti bina satu 'jambatan kasih' antara kami supaya wujud kepercayaan dan saling menghormati antara guru dan pelajar,” katanya.
Ponnammal yang juga satu-satunya guru berbangsa India di sekolah berkenaan turut berkongsi pengalaman manis mengenai seorang pelajarnya.
“Kejadian ini baru sahaja berlaku, ketika itu saya berjalan seorang diri pada waktu malam dan takutlah juga.
“Tiba-tiba saya terpandang seorang anggota polis dan rasa lega sedikit tetapi lebih mengharukan apabila dia menegur: cikgu...apa khabar?, " katanya.
Menurutnya, dia tidak menyangka bekas pelajarnya masih mengenalinya dan menemaninya sehingga ke kereta.
“Terlalu banyak kenangan manis antara saya dan pelajar, dan saya sangat hargainya,” katanya.
Anggap pelajar seperti anak sendiri
Sementara itu, seorang pelajar, Nur Syahirah Faudzai, 17, berkata, guru kelasnya itu menganggap pelajarnya seperti anak sendiri.
“Dia memang sangat rapat dengan pelajar, malah dalam sesi pembelajaran, selagi kami tidak faham, dia akan ajar sampai kami mampu kuasai topik yang dipelajari,” katanya.
Menurut Nur Syahirah, Ponnammal juga kreatif menarik minat pelajar.
“Sekiranya dia mendapati pelajar mengantuk atau letih, dia akan rehat sebentar sambil menceritakan sesuatu yang mampu menaikkan kembali semangat kami,” katanya
Bagi Muhammad Mifzal Ikhtisham Aziz, 17, Ponnammal guru yang tegas dan menepati masa.
“Dia sangat bertanggungjawab, sebab itu kalau ada antara kami yang lambat faham, dia akan beri tumpuan lebih,” katanya.
Tambahnya, gurunya itu tidak memilih warna kulit, sama ada Melayu, Cina atau India, semua diajar sama rata dan menjadi harapan untuk melihat pelajar berjaya.
Sumber: Sinar Harian