DAP Sanggup Hantar Rombongan Belajar Islam Di Luar Negara


KUALA LUMPUR – DAP menghantar rombongan ke negara jiran Indonesia bagi mempelajari tentang Islam dan demokrasi yang diamalkan di negara tersebut.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, rombongan itu disertai beliau dan pemimpin DAP lain iaitu Teresa Kok, Steven Sim dan Bendera Zairil Khir Johari.

“Pemimpin DAP bertemu dan berbincang dengan intelektual politik dan Islam Indonesia mengenai perkembangan dan trend terutamanya dengan merujuk kepada Islam dan politik.

“Ini merupakan lawatan ketiga ke luar negara oleh pemimpin DAP untuk belajar dan mendapatkan maklumat mengenai perkembangan politik terkini berkaitan Islam dan demokrasi khususnya di negara-negara majoriti muslim,” katanya dalam satu kenyataan media semalam.

Kit Siang dalam pada itu mendakwa perdamaian diantara Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mendapat perhatian pemimpin politik di Indonesia.

Dakwanya, ramai pemimpin politik dan golongan intelektual di negara itu bertanya kepada rombongan DAP ke Indonesia mengenai perkara itu.

Umum mengetahui, Anwar dan Mahathir adalah musuh ketat politik dan saling caci mencaci termasuk Mahathir pernah digelar sebagai Firaun oleh Anwar.

Anwar pernah mendakwa beliau dipenjarakan oleh Mahathir bukan kerana kesalahan meliwat lelaki tetapi disebabkan Mahathir takut dengannya.

Mahathir pula mendedahkan bahawa Anwar dipecat kerana beliau sememangnya melakukan liwat.

Anwar kembali dihukum penjara oleh mahkamah pada tahun lalu selepas didapati melakukan liwat ke atas seorang lelaki lain pula. -Kedahnews.com