KUALA LUMPUR – DAP dalam satu kenyataan semalam menyeru seluruh Bangsa Johor bangkit menumbangkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
DAP dalam kenyataan itu berkata, Pakatan Harapan yang dianggotai DAP yakin Bangsa Johor akan menolak BN kerana mereka sudah cerdik.
“Bangsa Johor dan rakyat Malaysia sudah cerdik dan memiliki kesedaran politik yang tinggi.
“Mereka memahami konspirasi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan BN dan akhirnya akan bangkit menumbangkan BN di peti-peti undi dalam gelombang politik yang akan datang,” dakwa kenyataan itu semalam.
DAP berkata demikian gara-gara tidak berpuas hati dengan persempadanan baharu kawasan pilihan raya oleh SPR.
Parti itu mendakwa kononnya persempadanan baharu tersebut akan memberi kelebihan kepada BN.
DAP dalam pada itu menegaskan. Pakatan Harapan Johor akan memberi sokongan penuh kepada gerakan BERSIH untuk menganjurkan demonstrasi jalanan pada 19 November ini. –Kedahnews.com