Demi Islam Slimani, Juara EPL Sanggup Berhabis RM159 Juta

Juara EPL musim lalu, Leicester City dilaporkan bakal mencatat rekod perpindahan tertinggi kelab itu sekiranya penyerang Sporting Lisbon, Islam Slimani sah mejadi milik mereka dalam masa terdekat.

Menurut laporan media tempatan UK, The Foxes dikatakan telah bersetuju mengeluarkan perbelanjaan sebanyak £29.7 juta atau bersamaan dengan nilai RM159 juta untuk mendapatkan Slimani.

Tawaran Claudio Ranieri sebanyak £25 juta pound sebelum ini dikatakan telah ditolak kelab Portugal itu, namun ia kembali dipertimbang semula selepas harga tawaran tersebut dinaikkan pengurusan Leicester City.

Pemain antarabangsa Algeria itu juga telah meledak 27 gol musim lalu dilaporkan akan menjalani ujian kesihatan sebelum keputusan akhir dibuat mengenai perpindahan tersebut.

Juara Liga Perdana Inggeris (EPL) itu membuat keputusan di saat akhir sebelum tirai perpindahan pemain ditutup pada Rabu ini.

Dalam tempoh terakhir perpindahan pemain itu, Sporting Lisbon akhirnya bersetuju dengan bayaran £29.7 juta biarpun pihak kelab itu dikatakan telah meminta £35 juta sebelum ini untuk penyerang itu.

Difahamkan bahawa Slimani juga merupakan rakan sepasukan Algeria kepada penyerang sensasi Leicester, Riyad Mahrez. -Kedahnews.com