Imej negara tercalar gara-gara ada sesetengah majikan yang dilaporkan telah ‘menyeksa’ para pekerja asing yang datang dari luar negara mencari rezeki di sini.
Memetik The India Times, media negara India melaporkan tentang seorang lelaki Punjab dari Amritsar, India mendakwa dirinya dilayan seperti hamba selepas datang ke Malaysia untuk bekerja.
Ishak Masih, seorang tukang jahit meninggalkan kampung halaman selepas konon dijanjikan pekerjaan yang baik bagi menampung tiga anaknya.
Lelaki berusia 30 tahun itu mendakwa dilayan seperti hamba selepas bekerja di sebuah ladang di Johor Bahru selama sembilan bulan dan bekerja lebih 16 jam sehari.
Lebih menyeksakan apabila perkerjaan yang dilakukannya itu tidak mendapat apa-apa bayaran.
Tidak tahan dengan kehidupan itu, dia menghubungi rakannya di Amritsar bagi mendapatkan pertolongan daripada NGO untuk membawanya pulang.
“Saya tinggalkan kedai jahit untuk masa depan yang lebih cerah tetapi lain jadinya apabila dipaksa bekerja di ladang,” katanya yang datang ke negara ini pada Disember 2015.
Ishak berkata, dia membayar sekitar 1.25 lakh rupee (kira-kira RM7,712) kepada ejen untuk bekerja di luar negara.
Katanya, pilihan pertamanya adalah di England namun ejen mendapatkan dia pekerjaan yang disangkanya lebih sesuai di negara ini.
Ishak kini selamat kembali ke kampungnya namun enggan berkongsi pengalaman kerana masih trauma dengan kejadian itu. –Kedahnews.com