PEMENANG emas Paralimpik Rio 2016 setakat ini; (dari kiri) Mohamad Ridzuan Mohamad Puzi, Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli. |
KUALA LUMPUR - DRB-HICOM Berhad mengumumkan akan menghantar atlet negara yang memenangi emas pada temasya Paralimpik Rio 2016 mengerjakan umrah bersama ibu bapa masing-masing.
Ganjaran itu diumumkan oleh Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar dalam satu kenyataan, semalam.
"Dengan keazaman dan keberanian sebenar, hero kita membawa pulang tiga pingat emas menakjubkan buat Malaysia; tidak pernah terfikir kita akan mendengar Negaraku dimainkan pada pentas tertinggi itu.
"Kami semua berbangga dengan mereka dan pengorbanan dilakukan. Dan dengan itu DRB-HICOM berbesar hati menghadiahkan hero kita untuk mengerjakan umrah," kata Syed Faisal.
Sumber: BH Online