Corak pertumbuhan ekonomi Malaysia masih lebih tinggi daripada tahap purata dan akan terus positif pada masa hadapan walaupun keadaan ekonomi yang lembap di rantau ini, menurut Bank Dunia hari ini.
“Corak pertumbuhannya, sama ada turun atau naik beberapa mata asas, masih lebih tinggi daripada purata,” kata Pengurus Negara Malaysia, Faris H. Hadad-Zervos.
Hadad-Zervos berkata demikian kepada pemberita di luar acara Bengkel Kesedaran dan Peluang Perniagaan di Kuala Lumpur, hari ini.
Bengkel satu hari ini dianjurkan oleh Bank Dunia dengan kerjasama Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan, Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Bandar Malaysia (MATRADE) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia.
Beliau berkata pertumbuhan ekonomi Malaysia dibantu oleh dasar yang menyokong pertumbuhan kerajaan, termasuk belanjawan.
“Jika anda melihat keadaan Malaysia beberapa tahun lepas, ia memperlihatkan keadaan pertumbuhan yang positif. Malaysia terus berkembang dalam tempoh tersebut walaupun ekonomi global turun naik.
“Apa yang kita ketahui setakat ini ialah usaha penyesuaian berterusan dengan persekitaran ekonomi luar,” kata Hadad-Zervis.
Ekonomi Malaysian meningkat empat peratus dalam suku kedua tahun ini, dan pertumbuhan 4.1 peratus bagi separuh pertama 2016, sejajar dengan kedudukan ekonomi global yang sederhana.
Dalam pengumumannya baru-baru ini, Bank Negara Malaysia berkata permintaan domestik lebih tinggi sepanjang suku tersebut namun pertumbuhan menurun berikutan penurunan bekalan yang ketara.
Pertumbuhan keluaran dalam negara kasar berada pada 4.2 peratus bagi suku pertama 2016 dan 4.9 peratus bagi suku kedua 2015.
Bengkel tersbut menumpukan pada cara firma swasta Malaysia boleh bekerja sama dengan Bank Dunia melalui pembangunan kewangannya untuk projek di negara membangun.
Ia juga menumpukan pada produk dan perkhidmatan nasihat yang ditawarkan oleh Perbadanan Kewangan Antarabangsa dan Agensi Jaminan Pelaburan Multilateral. – BERNAMA