ALOR SETAR - Dakwaan yang mengatakan bakal berlaku perubahan bagi jawatan Menteri Besar Kedah menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-14 oleh sebuah akhbar berbahasa Inggeris semalam ternyata meleset.
Menurut sumber rapat dengan Putrajaya, telahan yang dibuat penulis akhbar The Star, Joceline Tan, dan mendapat liputan meluas dari media-media yang dikenal pasti pro-parti politik pembangkang itu disahkan tidak benar sama sekali.
"Tiada perubahan jawatan MB Kedah," tegas sumber berkenaan ketika dihubungi pagi ini.
Joceline dalam tulisannya semalam menjangka Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal melakukan pertukaran Menteri Besar membabitkan empat negeri, termasuk jawatan Menteri Besar Kedah yang kini disandang oleh Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.
Katanya, pertukaran jawatan Menteri Besar Kedah itu kononnya adalah disebabkan tahap kesihatan Ahmad Bashah yang didakwa kurang memuaskan.
Sebelum itu, kelibat Ahmad Bashah yang ditohmah pihak tertentu di media sosial kononnya telah dimasukkan ke wad hospital swasta, Prince Court Medical Centre, dilihat mengiringi Yang DiPertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang berangkat pulang ke ibu negara semalam.
Kemunculan tersebut sekaligus menjawab dan menafikan tohmahan yang dilemparkan terhadap beliau.
"Tahap kesihatan saya baik dan apa yang diviralkan di laman sosial tidak benar kerana selepas menjalani pembedahan, mana ada saya pengsan seperti yang diuar-uarkan.
"Saya boleh terima maklumat tidak benar mengenai diri saya ini tetapi ia mungkin tidak boleh diterima oleh keluarga saya.
"Saya boleh menjalankan urusan kerja dan rutin harian seperti biasa cuma sekarang pergerakan masih terbatas sedikit kerana baru empat bulan sembuh selepas menjalani pembedahan.
"Doktor beritahu sekurang-kurangnya akan mengambil masa enam bulan untuk sembuh sepenuhnya," katanya semalam, menasihatkan agar orang Kedah menghindarkan diri dari budaya fitnah, khususnya di media sosial. -Kedahnews.com