Ilustrasi grafik yang disebarkan di laman sosial. |
ALOR SETAR - Kebelakangan ini netizen ghairah memuat naik pelbagai gambar mahupun grafik berkaitan ibadah korban.
Namun sebahagian mengundang ketidakselesaan pembaca yang keliru sama ada gambar dipaparkan mempersendakan ibadah korban atau sekadar info bermanfaat.
Terbaharu, lakaran grafik memaparkan keadaan di Malaysia di mana orang ramai mengejar seekor lembu, dibandingkan keadaan di Sepanyol ketika perayaan San Fermin yang melepaskan beberapa ekor lembu jantan berlari bersama ratusan orang di jalanan.
Mengulas perkara itu, Timbalan Mufti Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin berkata, tidak menjadi kesalahan berkongsi maklumat berkenaan kerana gambar seumpama itu untuk menceritakan perbezaan antara sambutan atau perayaan berkaitan lembu di dua negara.
“Gambar itu tidak menjadi isu kerana tidak mencerca mana-mana agama mengikut kepercayaan masing-masing. Ia hanya menggambarkan keadaan sebenar. Bagi umat Islam yang meraikan Aidiladha, lembu menjadi entiti ibadah,” katanya.
Menurutnya, gambaran itu sekadar menunjukkan suasana ketika lembu terlepas dari ikatan dan bukanlah sesuatu yang pelik apabila orang ramai mengejar lembu itu kerana ia memang sebahagian daripada peristiwa ibadah.
“Yang menjadi pelik dan di luar kemanusiaan adalah apa yang berlaku di Sepanyol, di mana lembu dijadikan mainan dan diseksa dengan mencucuk benda tajam agar agresif dan mengejar orang ramai,” katanya.
Syeikh Marwazi berkata, gambaran grafik itu boleh dijadikan ilmu pengetahuan dalam menunjukkan perbezaan penggunaan lembu ketika sambutan berdasarkan agama masing-masing.
“Namun elakkan menyebarkan maklumat tidak bermanfaat atau yang boleh mengundang sensitiviti agama lain, kerana bimbang disalah tafsir,” katanya.
Sumber: Sinar Harian