Enggan Hidang Air, Remaja Ditikam 100 Kali Oleh Teman Lelaki


Hanya keranan enggan menghidangkan air kepada teman lelakinya, seorang remaja perempuan berusia 19 tahun parah selepas ditikam 100 kali oleh lelaki itu di hadapan anaknya yang berusia dua tahun.

Tikaman yang kuat oleh Jamiv Usman, 32, itu juga mengakibatkan pisau berkenaan patah.

Remaja terbabit bagaimana pu sempat memikirkan cara untuk menghentikan tikaman teman lelakinya itu dengan berpura-pura mati sebelum merangkak keluar dalam keadaan berlumuran darah.

Mujurlah pemandu bas di kawasan berhampiran melihatnya dan kemudiannya membantu mangsa dengan menghubungi paramedik serta polis.

Dia kemudiannya dibawa ke hospital dengan luka yang parah termasuk dua kebocoran di paru-paru. Remaja itu menerima 500 jahitan.

Manakala Usman pula telah membuang pisau berkenaan namun dia berjaya ditangkap.

Usman telah dihadapkan di mahkamah dan dia dihukum penjara 20 tahun. Hakim menyifatkan kejadian serangan itu sebagai menakutkan dengan mangsa bertarung nyawa di hadapan anaknya yang masih kecil.

Mujurlah dia masih hidup dan meskipun sukar namun remaja itu kini sedang dalam proses rawatan pemulihan. -Kedahnews.com