Gadis Dakwa Punggung Lebih Seksi Dari Kim Kardashian?


Jika disebut saja nama bintang sensasi Amerika Syarikat (AS), Kim Kardashian, pastinya ramai yang sudah terbayang bentuk tubuh badannya yang seksi dan mengiurkan.

Pendek kata, tubuh montok pejal melentik yang dimiliki oleh ibu dua anak ini pastinya merupakan impian setiap wanita.

Bagaimanapun, kedudukan Kim selepas ini mungkin tergugat kerana seorang gadis dari Rusia mendakwa mempunyai punggung jauh lebih indah dan seksi daripada bintang realiti Keeping Up With The Kardashians itu.

Menurut Anastasia Kvitko, 22, dari Rusia, dia memiliki ukur dada 94 cm, pinggang 62 cm, dan pinggul 104.


Dek kerana keindahan tubuhnya itu, ramai yang membandingkannya dengan Kim K hingga membuatkan dirinya berasa menyampah.

“Aku suka dengan Kim Kardashian. Namun, aku tidak suka orang-orang membandingkanku dengannya. Punggung dia tidak boleh disamakan dengan milikku.

“Kim itu tidak setanding denganku, aku lebih baik daripada Kim,” katanya.


Dia yang kini menjadi model berpangkalan di Los Angeles, AS turut menafian pernah melakukan pembedahan plastik untuk memiliki susuk tubuh seindah itu.

Sementara itu, Kvitko turut memberitahu, dia tidak mengemari wanita yang bertubuh kurus.

“Aku suka wanita yang memiliki tubuh berlekuk, seperti wanita Brazil. Tubuh seperti Kim Kardashian, Beyonce, dan Nicki Minaj adalah tubuh wanita sejati,” katanya.


Kvitko yang mempunyai lebih 4 juta pengikut di Instagram turut memberitahu, tubuhnya itu merupakan hasil kerja kerasnya bersenam untuk membentuk otot pinggul. – Kedahnews.com