Gadis Dikurung Dalam Keranda, Hanya Keluar Untuk Dirogol


Seorang gadis bernama Colleen Stan sebenarnya baru berusia 20 tahun ketika dia diculik dan dijadikan hamba seks sejak 1977 hingga 1984.

Lebih tragis sepanjang tempoh itu Colleen telah disimpan di dalam keranda kayu dan hanya dibenarkan keluar dari keranda itu ketika dirogol atau disiksa.

Tragedi yang menimpanya itu berlaku ketika Colleen berjalan kaki untuk pulang ke rumahnya apabila dia dihampiri sepasang suami isteri bersama seorang bayi.


Cameron dan isterinya, Janice Hooker telah menawarkan untuk menumpangkan Colleen pulang.

Disebabkan pasangan itu membawa anak kecil maka Colleen menyangka mereka orang yang baik tetapi rupa-rupanya ia adalah tragedi hitam dalam hidupnya.

Selepas sejam perjalanan itu, Cameron telah membelok ke jalan yang sunyi dan mengugut Colleen dengan pisau, mengikat tangannya dan memasukkannya ke dalam kotak kayu.

Dia kemudiannya dibawa ke rumah pasangan itu di Red Bluff, California, dan dipaksa hidup di dalam keranda kayu berkenaan yang ditempatkan di bawah katil mereka.

“Saya belajar membayangkan saya pergi ke tempat lain, melalui minda saya,” katanya yang berjaya melarikan diri dengan bantuan Janice pada 1984.

Janice kemudiannya memberikan keterangan terhadap suaminya di mahkamah.

Cameron dipenjarakan selama 104 tahun. Kisah malang itu telah difilemkan dengan tajuk Girl in the Box dan bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada Sabtu ini. – Kedahnews.com