Gadis Kedah Bakal Doktor Dihina Kerja Di Kedai Buku


“PEDULI apa orang nak kata,” mungkin kata-kata itu sesuai digunakan hari ini.

Untuk memuaskan hati semua orang bukanlah mudah, malah ia merupakan suatu perkara yang mustahil.

Generasi muda kini selepas berjaya menyudahkan pengajian baik peringkat ijazah mahupun sarjana, ada yang agak sukar untuk terus mendapat pekerjaan.

Mahu atau tidak, graduan perlulah berani dan menepis perasaan malu untuk tidak memilih pekerjaan yang ada.

Seorang gadis yang bakal bergelar doktor dikenali sebagai Khairun Nurlisa Kamal, berkongsikan pengalamannya dipandang hina gara-gara kerana bekerja di kedai buku.



Nurlisa seperti kebanyakan graduan yang baru menamatkan pengajian, bekerja di sebuah kedai buku sementara menunggu panggilan temu duga kerja.

Namun, dia dipandang hina oleh seorang pelanggan wanita yang bergelar ibu di hadapan anak yang masih kecil…


Sepatutnya ibu bapa adalah orang-orang yang bertanggungjawab dalam mendidik anak-anak. Kalau elok acuannya, eloklah hasilnya. Kalau buruk acuannya, maka buruklah hasilnya. Betul?

Masih ramai manusia yang berfikiran negatif dan melihat orang yang kerja biasa contohnya seperti di kedai makan atau di  stesen minyak adalah mereka yang tidak berpelajaran tinggi.

Sebenarnya, golongan inilah golongan yang bijak kerana gigih mencari wang agar tidak menyusahkan ibu bapa mereka. –Kedahnews.com