Gadis Melayu DAP Pilih Suspek Hina TMJ Sebagai Suami


PETALING JAYA - Ahli Majlis Perbandaran Kajang, Young Syefura Othman atau lebih dikenali sebagai Rara selamat bergelar isteri kepada pengurus pelaburan, Muhamad Masyhur Abdullah pada Sabtu.

Majlis perkahwinan Syefura yang juga Penolong Setiausaha Kebangsaan Wanita DAP bersama jejaka pilihannya itu diadakan di Sangkit Garden, Hulu Langat.

Syefura kelihatan berseri-seri pada majlis perkahwinannya.

"Sudah tentu, saya rasa amat gembira. Saya kini lega kerana majlis ini sudah berakhir," kata Syefura.

Rara kelihatan berseri-seri pada majlis perkahwinannya.
Syefura, 27, menyifatkan suaminya sebagai seorang lelaki biasa.

Dilaporkan Muhamad Masyhur, 29, ditahan pada Mei kerana didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim di laman Twitternya.

Sumber: mStar