Menurut sebuah laman antarabangsa, Azusa Sakamoto atau Azusa Barbie membelanjakan 7,368,022 yen (RM292,232) untuk koleksi 145 anak patung Barbie, 40 pasang kasut dan 60 beg tangan jenama patung berkenaan.
Bagaimanapun, jumlah wang tersebut tidak termasuk dengan harga barang-barang perhiasan yang terdapat di dalam rumahnya yang turut habis dihias seperti rumah karektor patung pujaannnya itu.
Malah wanita ini juga mengecat rumahnya dengan warna merah jambu agar kelihatan feminine dan kebetulan memang merupakan warna tema karektor tersebut.
“Seluruh rumah saya Barbie termasuk tempat tidur, permadani, hiasan dinding dan jika terdapat sesuatu yang bukan bertema Barbie, saya akan meletakkan tanda dengan menampal pelekat dan aksesori Barbie,” katanya.
“Sejak itu saya gila Barbie dan warna merah jambu,” jelasnya.
Disebabkan minatnya yang keterlaluan terhadap patung Barbie, kebanyakan orang di sekelilingnya menyifatkan dirinya sebagai seorang yang pelik apatah lagi dengan usianya yang bukan lagi ‘remaja’ atau ‘kanak-kanak’.
Walaupun mempunyai minat dan obses terhadap patung Barbie, namun dia tidak berhasrat untuk merubah dirinya menjadi seperti karektor tersebut seperti yang dilakukan oleh seorang model terkenal Ukraine iaitu Valerie Lukyanova. – Kedahnews.com