Sebahagian besar peminat bola sepak antarabangsa tentu sudah tidak asing lagi dengan trilogi filem "Goal!" dan berita terbaharu menyatakan bahawa filem keempat daripada siri tersebut bakal dikeluarkan tahun depan.
Penyanyi terkenal yang berasal dari Kanada, Justin Bieber, dikhabarkan akan memainkan peranan sebagai seorang pemain bola sepak berbakat Amerika Syarikat (AS), yang akhirnya dibeli oleh kelab ternama Sepanyol, Real Madrid.
Menurut laporan media AS, jalan cerita tersebut akan membolehkan Bieber memiliki peluang berlakon dengan Cristiano Ronaldo.
Pemain Portugal itu akan muncul dalam salah satu babak yang menunjukkan Bieber sedang beraksi di atas padang.
Media turut melaporkan mengenai kemungkinan penglibatan tokoh ternama lain, David Beckham. Bekas pemain England tersebut sebelum ini pernah terlibat dalam dua siri pertama Goal! yang dikeluarkan pada 2005 dan 2007.
Ketika itu beliau masih lagi menjadi pemain Real Madrid. Lebih menarik, sekuel terbaharu Goal! bakal menampilkan pelakon veteran AS, Clint Eastwood yang khabarnya akan melakonkan watak sebagai datuk kepada Bieber.
Filem ini khabarnya akan membelanjakan kos kira-kira 115 juta euro (kira-kira RM523 juta) dan diterbitkan untuk ‘membakar’ semangat peminat sukan popular itu menjelang Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia.
Bieber sendiri memang dikenali mempunyai minat pada dunia bola sepak, waima sebelumnya dia pernah kelihatan berlatih di kelab Barcelona, Sepanyol dan Chelsea, England. – Kedahnews.com