TANJONG KARANG - Seorang guru lelaki dan bayi perempuan maut dalam satu kemalangan membabitkan Perodua Alza dan Proton Perdana di pekan Sekinchan, kira-kira jam 7 pagi tadi.
Ketua Polis Sabak Bernam, Supritendan Nor Azmi Isa berkata mangsa Mohd Faizuri Ibrahim, 33, merupakan seorang guru, memandu Perodua Alza seorang diri dan dalam perjalanan ke sekolahnya, SMK Datok Harun.
Menurut Azmi, Nur Qaireen Khalisya Anuwar, 6 bulan, adalah penumpang kereta Proton Perdana yang dipandu ayahnya bersama ibu dan tiga orang adik-beradik yang lain.
Siasatan awal mendapati Perodua Alza dari arah Sekinchan hilang kawalan dan terbabas ke laluan bertentangan akibat hujan lebat.
Proton Perdana itu dilaporkan gagal mengelak dan kedua-kedua kereta tersebut berlanggar dan mengakibatkan Perodua Alza terbalik ke bahu jalan.
Kedua-dua mangsa meninggal ditempat kejadian dan empat lagi mangsa telah dikejarkan ke Hospital Sungai Buloh untuk menerima rawatan. -Kedahnews.com