Mohamed Hafiz, jejaka yang sepatutnya melangsungkan pernikahan dengan Fara Fauzana, enggan memberi sebarang komen lanjut mengenai isu pembatalan perkahwinannya dengan personaliti radio popular itu.
Hafiz walau bagaimanapun difahamkan akan memberi kenyataan daripada pihaknya dalam masa terdekat ini.
Jejaka yang pernah dilaporkan BH sebagai Hafiz yang dikatakan bakal mendirikan rumah tangga bersama Fara Fauzana.
“Setakat ini saya tiada sebarang komen. Tunggulah sehari dua nanti. Saya pun baru tahu mengenai kenyataan media itu daripada pemberita yang menghubungi saya,” katanya, memetik BHOnline.
Menurut Hafiz selama ini dia tidak dapat mengeluarkan sebarang kenyataan atas sebab peribadi.
Fara; 36, sebelum ini mengadakan sidang media pada 1 Ogos lalu bagi menguar-uarkan tentang tarikh perkahwinannya yang dirancang berlangsung pada 17 September ini.
Namun semalam menerusi kenyataan media yang dikeluarkan, Fara atau lebih dikenali dengan nama komersil Fafau telah memaklumkan mengenai pembatalan majlis tersebut tanpa menyertakan sebabnya. –Kedahnews.com