OSLO – Seorang pemilik salun di Norway telah dijatuhkan hukuman denda sebanyak 10,000 kroner (RM5,000) atas kesalahan menghalau seorang pelanggan wanita yang berhijab di salonnya, baru-baru ini.
Mahkamah Daerah Jaeren yang terletak kira-kira 446 kilometer dari ibu kota Oslo itu turut mengarahkan Merete Hodne membayar kos mahkamah sebanyak 5,000 kroner (RM2,500).
Dalam kertas pertuduhan, tertuduh mengeluarkan kenyataan kepada seorang wanita berhijab, Malika Bayan yang premisnya tidak akan melayan perempuan sepertinya dan menghalau wanita itu pergi serta mencari salun lain.
Pihak mahkamah mendapati Merete sengaja mencetuskan diskriminasi terhadap Malika berikutan plaintif merupakan seorang wanita Muslim.
Dalam hujah pembelaannya, Merete berkata dia bukan sengaja menghalau Malika sebaliknya berkata salonnya adalah beroperasi secara unisex, iaitu untuk pelanggan lelaki dan wanita.
Dan ia adalah tidak adil sekiranya dia tidak membenarkan pelanggan lelaki untuk masuk ke premisnya hanya kerana seorang pelanggan wanitanya yang tidak selesa untuk mendedahkan rambut kepada pelanggan yang lain. – Kedahnews.com