Desas-desus yang menyatakan pelakon dan produser, Datuk Hans Issac telah memeluk agama Islam rupanya hanyalah khabar angin semata-mata.
Ini berikutan, Hans menegaskan menafikan dirinya sudah memeluk agama Islam.
Menurut Hans, 45, semua khabar angin yang tersebar itu tidak betul dan dia masih lagi beragama Kristian.
“Saya tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa sudah memeluk agama Islam.
“Semua itu tidak betul. Siapalah orang yang pandai-pandai mengatakan saya sudah masuk Islam. Saya masih beragama Kristian (Roman Katolik).
“Saya sedang sibuk dan baru balik dari luar negeri untuk urusan kerja, timbul pula cerita ini,” katanya kepada Harian Metro.
Pada Rabu, sebuah portal hiburan melaporkan Hans dikatakan sudah memeluk agama Islam di sebuah negeri Pantai Timur pada awal tahun ini. – Kedahnews.com