Hanya 1 Gulung Tisu Tandas, Tapi Berharga RM545

Segulung tisu tandas yang dipercayai pernah digunakan ketika era pemerintahan tentera Nazi di Jerman bakal dilelong pada harga 100 pound sterling (kira-kira RM545) dalam satu acara lelongan di Ireland hujung bulan ini.

Sebuah laman berita antarabangsa memberitahu, tisu tandas atau disebut ‘klosettpapier’ berjenama Edelweiss yang belum dibuka itu dimiliki oleh generasi ketiga keluarga bekas anggota tentera berkenaan.

Barang yang dianggap ‘kemewahan’ pada era perang ketika itu adalah sebahagian daripada koleksi tentera Nazi yang akan dilelong di rumah lelongan terkenal Whyte.

Difahamkan tisu tandas ittu dinamakan sempena nama bunga Edelweiss yang segar tumbuh di sekitar kawasan pergunungan.

Manakala ada pendapat lain mengatakan, nama tisu tandas itu berasal daripada lagu yang serring dinyanyikan oleh tentera iaitu Es war ein Edelweiss yang bermaksud ‘Itu Edelweiss’.

Menurut ketua acara lelongan itu, Stuart Parcell: “Ia merupakan salah satu artifak pelik yang pernah saya temui dalam hidup saya sendiri.

“Sangat menarik bahawa seseorang pada tahun 1945 akan berkata: Kami akan meletakkan kertas tandas itu diketepikan kerana seseorang akan mendapati yang menarik pada masa akan datang.” –Kedahnews.com