Hilangnya Sebutir Pertama Dunia Islam Malaysia - MB Perlis


KANGAR - Pemergian Mursyidul Am Pas, Datuk Dr Haron Din diibaratkan seperti hilangnya sebutir permata dalam dunia Islam di Malaysia.

Demikian ujar Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man dalam satu kenyataan akhbar yang dikirimkan melalui aplikasi WhatApp kerana beliau sedang berada di Tanah Suci Makkah.

Tambah Azlan, begitu juga dalam dunia politik, Malaysia kehilangan seorang tokoh politik yang berlatarbelakangkan agama.

"Pemergian beliau sudah tentu amat dirasai dalam kalangan ahli-ahli Pas dan masyarakat Islam Malaysia khususnya.

Marilah kita berdoa agar roh beliau dicucuri rahmat dan diletakkan dalam kalangan mereka yang beriman," ujarnya.

Azlan berkata semoga keluarga Allahyarham tabah melalui dugaan ini," katanya.

Sumber: Sinar Harian