KUALA LUMPUR - Dua individu ditahan polis kerana didakwa menghina Islam berkaitan kematian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din di Facebook.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penahanan itu pada sidang media pagi ini.
Kedua-dua mereka ditahan di Shah Alam dan Bandar Utama pada pagi Isnin sementara individu ketiga dijangka ditahan di Ipoh.
Difahamkan bahawa kedua mereka disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Tokoh ulama tersohor negara itu meninggal dunia pada Hari Malaysia, Jumaat, 16 September baru-baru ini pada usia 76 tahun akibat komplikasi jantung di sebuah hospital di Amerika Syarikat. -Kedahnews.com