IPOH - Anda tahu anda telah melakukan 'sesuatu' apabila nasi kandar anda yang berharga RM4.80 disebut sebaris dengan nama-nama besar seperti kartunis Lat dan pemenang pingat Olimpik semasa ucapan siaran langsung yang disiarkan di seluruh negara.
"Tidak pernah saya bermimpi bahawa ini akan berlaku," kata Pengurus Perniagaan Nasi Kandar Ayam Merah, Mohamed Niathullah Syed Mustafa.
Pada malam Selasa, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan perutusan Hari Kebangsaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di mana beliau menyebut Lat, pemenang pingat Olimpik Malaysia dan 'pemilik gerai nasi vanggey yang popular di Ipoh sebagai ikon perpaduan.
Vanggey bermaksud 'datang' dalam bahasa Tamil. Ia merujuk kepada cara penjual nasi itu memanggil atau mengalu-alukan kedatangan pelanggan mereka.
"Apabila beliau menggelarkan kami ikon perpaduan ia adalah satu penghormatan besar," kata Mohamed Niathullah ketika dihubungi.
Terdahulu pada hari yang sama, beliau dan menantunya, Sajid Assan telah diminta untuk menghantar bungkusan nasi vanggey ke Kuala Lumpur.
Sedikit pun mereka tidak tahu bahawa nasi vanggey yang dihantar itu akan masyhur di PWTC.
"Kami fikir kami hanya menghantar makanan tetapi kami terkejut apabila perdana menteri menyebut nasi vanggey dalam ucapannya," katanya.
Mereka telah diminta untuk menghantar bungkusan nasi kandar selepas ucapan Hari Kebangsaan tetapi tiba-tiba diminta untuk bersedia untuk acara tersebut di PWTC.
"Apabila perdana menteri menyebut nama kami, kami rasa benar-benar dihormati. Kami telah bawa makanan itu, kami hanya fikir mahu menyerahkannya."
Kemudian, mereka pergi ke kediaman Najib di Jalan Duta. Perdana menteri terkejut apabila melihat Mohamed Niathullah menghantar makanan itu secara peribadi.
"Beliau terkejut melihat kami. Kami berbual-bual seketika dan apabila beliau mencubanya, beliau terus berkata bahawa ini adalah makanan terbaik," kata Mohamed Niathullah.
"Beliau juga berkata makanan yang kami jual adalah murah. Bayangkan dengan membayar RM4.80 untuk ayam, nasi, kari dan sayur-sayuran, harganya berpatutan untuk ramai orang."
Mohamed Niathullah berkata mereka telah menjalankan perniagaan sejak tahun 1957, sambil menambah bahawa restoran India-Muslimnya yang beroperasi di sebuah kedai kopi Cina, menjadikan perniagaan ini lebih unik.
Sumber: mStar