KEPUTUSAN Britain untuk keluar dari Kesatuan Eropah (EU) mula memberi kesan kepada poket pengguna yang kini berdepan ketidaktentuan dalam pasaran hartanah.
Data terbaru menunjukkan mata wang negara itu telah mengalami kejatuhan yang menyaksikan nilainya menurun 10 peratus ke 15 peratus berbanding euro dan dolar sejak referendum Brexit pada 23 Jun lalu.
Ia menyebabkan kenaikan harga barangan terutamanya yang dibekalkan syarikat asing seperti automobil, komputer, pakaian dan beberapa produk makanan.
Pembuat kereta Peugeot memaklumkan kenaikan harga purata kepada dua peratus sejak 1 Ogos lalu untuk tiga model perdana: Peugeot, Citroen dan DS.
Langkah sama turut dilakukan pembuat komputer Dell atas faktor kos komponen.
Firma berpusat di Britain, Headland menjelaskan kejatuhan nilai pound juga telah meningkatkan kos lantai domestik import yang kebanyakannya adalah dari Belgium dan Belanda iaitu sekitar 6 peratus.
Tumpuan kini beralih kepada makanan dan hartanah yang turut terkesan dan telah mencetuskan kebimbangan terhadap turun naik harga sama seperti produk lain.
Persaingan sengit dalam kalangan pasar raya membuatkan ia terpaksa mengekalkan bahagian pasaran yang biasanya menyediakan benteng terhadap inflasi mendadak dalam harga makanan.
Penganalisis syarikat pasaran, Kantar Group, Fraser McKevitt berkata, rakyat Britain mungkin akan melihat impak ke atas beberapa harga produk makanan jika pound sterling kekal lemah.
"Ini kerana kira-kira 40 peratus makanan di Britain adalah diimport dari negara luar," jelasnya.
Pasaran hartanah terjejas
Laman perbandingan harga, mysupermarket.com melaporkan terdapat peningkatan harga purata sebanyak satu peratus dalam barangan di pasar raya pada Julai lalu, menyaksikan kenaikan harga dalam tempoh dua bulan berturut-turut.
Selain itu, terdapat juga kebimbangan terhadap pasaran perumahan, namun deflasi adalah membimbangkan daripada kenaikan harga dalam sektor utama ini.
Angka baru-baru ini menunjukkan sewa kediaman baharu di London telah jatuh buat kali pertama dalam tempoh enam tahun, menurut kajian pertama yang diterbitkan sejak Britain mengundi untuk keluar dari EU.
Ia mungkin khabar gembira buat penyewa tetapi akan membebankan tuan tanah.
Pertumbuhan harga kediaman di seluruh negara dijangka perlahan kepada 2.5 peratus pada tahun ini dan jatuh 1.25 peratus pada 2017.
Ejen hartanah mendakwa, referendum Brexit telah menyebabkan ekonomi di Britain menjadi tidak menentu akibat ketidakpastian tentang syarat hubungan baharu negara itu dengan EU.
Sementara itu, pakar hartanah turut menghantar isyarat tidak pasti yang mana sebahagian daripada mereka menyifatkan masih terlalu awal untuk menentukan sama ada Brexit telah memberi kesan kepada pasaran perumahan.
Menurut data terbaru Persatuan Kebangsaan Ejen Hartanah (NAEA), jumlah pembeli yang mencari rumah baharu jatuh kepada paras terendah sejak November 2013, sekali gus menunjukkan keputusan tersebut telah membawa kepada kelembapan dalam pasaran hartanah.
Kadar inflasi dijangka meningkat
Walaupun Brexit dikatakan telah memberi impak kepada ekonomi, angka rasmi masih belum mengesahkan harga turun naik dan hanya sedikit peningkatan dalam inflasi iaitu sebanyak 0.6 peratus pada bulan lalu.
Tetapi, pakar menjangkakan peningkatan kadar inflasi yang lebih tinggi dalam tempoh beberapa bulan akan datang dirangsang oleh peningkatan kos barangan import dan barangan tidak menentu.
Bank England telah menggunakan senjata kewangan dalam usaha untuk membendung ekonomi terjerumus ke dalam kemelesetan yang dijangka meningkatkan penawaran wang akibat rangsangan inflasi yang akan melemahkan nilai mata wang pound.
Awal bulan lalu, institusi kewangan itu menurunkan kadar faedah kepada paras terendah sebanyak 0.25 peratus dan melaksanakan satu lagi rangsangan kewangan 170 bilion pound (RM902 bilion) bagi membendung ekonomi kembali jatuh ke dalam kemelesetan.
Melihat kepada situasi tidak menentu itu, rakyat Britain berharap mereka mendapat kenaikan gaji untuk mengimbangi peningkatan kos.
"Ia kelihatan kuasa beli pengguna akan merosot dalam tempoh beberapa bulan akan datang berikutan trend inflasi lebih tinggi dan pertumbuhan pendapatan adalah terhad.
"Syarikat mungkin akan mula mengetatkan kawalan ke atas gaji pekerja mereka dalam usaha untuk menjimatkan kos dalam persekitaran lebih sukar," kata wakil pertubuhan ekonomi, IHS Global Insight, Howard Archer. - Agensi