Dua pegawai imigresen memeriksa warga asing ditemui di tapak pembinaan itu |
ALOR SETAR - Kira-kira 10 warga asing ditahan dalam Ops Ikrar Jabatan Imigresen Kedah di tiga buah premis bangunan berasingan sekitar Kubang Pasu, di sini, baru-baru ini.
Ketua Bahagian Penguatkuasa Imigresen Alor Setar, Mohd Shahrir bin Khalil@Halim berkata, 10 warga asing berusia antara 19 hingga 45 tahun ditahan atas kesalahan berbeza.
“Mereka ditahan di tapak pembinaan itu terdiri dari enam warga Bangladesh, Indonesia (3) dan Myanmar (1) kerana melakukan pelbagai kesalahan imigresen.
“Lima ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan sah, selebihnya di atas kesalahan tinggal lebih masa di negara ini selepas tamat tempoh pas lawatan sosial dan menyalahgunakan pas,” katanya.
Operasi diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan Marlis Marhaini Abd Rashid bersama 15 pegawai imigresen demi mencari membanteras warga asing melakukan kesalahan imigresen.
Mereka ditahan dilokap Imigresen untuk siasatan dan tindakan lanjut, sebelum diserahkan ke Depot Tahan Imigresen Belantik.
Sumber: Sinar Harian