Nazri (kiri) perlu sentiasa menemani isteri dan dua anaknya. |
ALOR SETAR - Seorang lelaki di Flat Taman Setia Jaya di sini, memohon bantuan orang ramai bagi menampung kos rawatan isterinya yang menghidap penyakit Systematic Lupus Erythematosus (SLE) sejak tiga tahun lalu.
Md Nazri Azizan, 30, yang berkhidmat sebagai anggota Rela mengakui, dia kini semakin buntu memikirkan keadaan keluarganya selepas isterinya, Julihoslita Johari, 34, terlantar sakit sejak April lalu.
Menurutnya, sejak isterinya sakit, dia juga jarang memenuhi tugas Rela kerana terpaksa menjaga isterinya yang memerlukan perhatian selain anak-anak yang masih kecil.
"Sejak isteri sakit, pendapatan saya terjejas kerana terpaksa tolak tugas Rela. Saya perlu menjaga isteri serta dua anak yang berusia dua dan sembilan tahun.
"Setiap hari saya harus uruskan keperluan isteri dan anak. Isteri saya pula perlu dapatkan rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) tiga kali seminggu," katanya.
Md Nazri berkata, kini dia hanya mampu meraih pendapatan tidak menentu sekitar RM200 berbanding RM450 sebelum ini.
"Disebabkan pendapatan tidak seberapa, saya tidak mampu menyelesaikan bayaran motosikal dan beberapa bil utiliti.
"Saya ada terima bantuan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) sebanyak RM500 dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) iaitu RM150, namun hanya cukup untuk susu khas serta ubat isteri sahaja," katanya.
Sementara itu, Julihoslita berkata, sebelum terlantar sakit, dia bekerja di pasar malam bagi membantu suaminya.
"Tapi lepas saya sakit, saya tak mampu buat apa-apa...nak berjalan pun saya tak boleh. Kalau berdiri lama, saya akan pitam," katanya.
Katanya, penyakit SLE dihidapi mengakibatkan jantung bengkak, buah pinggang bocor, serta paru-paru dan hempedu dijangkiti kuman hingga mengakibatkan kulit dan fizikal kehitaman.
Sumber: Sinar Harian