Istana Buckingham, London dilaporkan sedang mencari pembantu istana yang akan bekerja dengan Ratu Elizabeth II dan tinggal di istana tersebut.
Laman web istana tersebut, The Royal Household menawarkan jawatan tetap sebagai pembantu istana dengan gaji sebanyak £16,755 (RM91,082.21) setahun.
Waktu kerja adalah lima hari seminggu dan diberi cuti sebanyak 33 hari dalam masa setahun serta 15 peratus dalam simpanan pencen dari pihak majikan.
Tugas pembantu istana ini bukanlah tugasan biasa kerana selain membersih dan menjaga dalaman istana, individu yang terpilih juga bertanggungjawab menjaga tetamu dan memberi pertolongan untuk acara khas.
Pihak istana juga tidak menetapkan syarat yang terlalu ketat dari segi pengalaman untuk permohonan jawatan tersebut tetapi mestilah mempunyai semangat berpasukan yang tinggi, menepati masa, seorang yang aktif dan bekerja keras.
Selain jawatan sebagai pembantu istana, laman web milik keluarga diraja itu turut mengiklankan beberapa jawatan lain yang permohonannya akan tamat pada 9 September hingga pada awal Oktober nanti.-Kedahnews.com