Muhammad Nazim menunjukkan gambar ibunya. |
KULIM - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah ini mencari ibu kandung seorang kanak-kanak yang kini dalam jagaan ibu saudaranya di Taman Perak, dekat sini.
Rofidah Ramli, 34, berkata, anak saudaranya, Muhammad Nazim Abdullah, 3, itu tinggal bersama bapa kandungnya, Yatim Pandak, 47, dan ibu tirinya di Perak sejak 2013.
Menurutnya, kakaknya yang juga ibu kandung Muhammad Nazim, Cik Liza Ramli, 32, hanya sempat menjaganya selama tiga bulan sebelum meninggalkan anak itu kepada suaminya.
“Bagaimanapun, Yatim telah meninggal dunia akibat kanser pada Ogos 2015 dan kanak-kanak itu diserahkan kepada bapa saudaranya untuk dijaga selama 10 bulan.
“Namun kerana beberapa masalah mereka telah hubungi ibu saya untuk mengambil Nazim,” katanya.
Rofidah berkata, kakaknya juga tidak dapat dihubungi lagi sejak meninggalkan anaknya itu pada 2013 dan alamat terakhir adalah Kampung Sungai Jambu, Kinta.
“Sejak Cik Liza tinggalkan suami dan anaknya itu mereka tidak pernah berhubung lagi, begitu juga dengan kami, sudah lama tidak berjumpa dengannya,” katanya.
Tambahnya, ketika membawa Muhammad Nazim pulang ke sini, keadaannya agak terbiar dan tidak pandai bercakap Melayu.
“Masa terima dia, seluruh badannya banyak kudis dan dia juga tak pandai cakap Melayu hanya guna dialek Orang Asli kerana bapa dan ibu tirinya Orang Asli, tapi sekarang keadaannya makin baik,” katanya.
Dalam pada itu, Pelindung JKM Kulim, Regina Shaari berkata, kanak-kanak tersebut akan diletak di bawah jagaan sementara ibu saudaranya sehingga dibawa ke Mahkamah Kanak-Kanak pada 27 September ini.

Sumber: Sinar Harian