"Terkedu". Itu yang digambarkan oleh seorang jurufoto apabila hasil fotografinya dijadikan bahan rujukan untuk pelukis sebelum dijual pula dengan harga yang cukup tinggi.
Yaman Ibrahim merupakan seorang jurufoto meluahkan rasa terkilannya menerusi laman Facebook selepas mendapati hasil kreativitinya diciplak seorang pelukis yang enggan namanya didedahkan.
Karyanya itu diambilnya dan dijadikan lukisan dengan sedikit perubahan serta kemudian dijual di galeri yang sudah tentu pada harga mahal.
“Senangnya lah jadi pelukis! Cari gambar-gambar potret orang lain di Internet, tiru, lukis. JUAL! tanpa pengetahuan empunya karya asal, apatah lagi modelnya lagi lah,” luahnya.
Yaman menegaskan adalah sukar untuk mencari dan membayar model kerana gambar yang diambilnya itu bukanlah secara percuma kerana ia memerlukan bayaran serta mengenali individu dalam lukisan tersebut.
Dia mempersoalkan integriti pelukis itu yang ‘meniru’ tanpa pengetahuan pemilik karya gambar asal.
Difahamkan, lukisan ciplak yang menggunakan hasil karyanya itu malah sudah terjual sehingga ke Hong Kong.
Yaman memuat naik beberapa gambar yang diambilnya dan membandingkan dengan lukisan yang dihasilkan oleh penulis ‘ciplak’ itu.
Kini, dia mahukan pelukis itu untuk menghubunginya bagi menyelesaikan masalah ini.
Netizen yang mengikut kejadian ini menasihatkan Yaman untuk mengambil tindakan terhadap pelukis yang dianggap tidak beretika. –Kedahnews.com