Jurutera "Lejen" Apple Gagal Temuduga Kerja


Meskipun beliau pernah dianggap sebagai legenda di Apple, namun sebuah syarikat terkemuka dunia, Genius Bar dilapor telah menolak permohonan bekas jurutera syarikat terbabit, JK Scheinberg, untuk bekerja dengan mereka.

JK Scheinberg
Selepas meninggalkan Apple, Scheinberg telah berhijrah ke sebuah syarikat gergasi lain, Macs, dan selepas 21 tahun dalam bidang berkenaan, beliau memohon untuk berkhidmat di Genius Bar.

Scheinberg yang sudah berusia 54 tahun menyangka beliau sesuai untuk jawatan berkenaan malangnya tekaan beliau tidak tepat. 

Beliau juga berusia dua kali ganda daripada semua calon yang datang ke temuduga berkenaan.

“Dalam perjalanan keluar (bilik temuduga), ketiga-tiga pegawai yang menemuduga saya berkata mereka akan menghubungi saya.

“Namun saya tidak pernah mendapat panggilan (selepas itu),’’ kata Scheinberg.

Menurut Business Insider, Scheinberg yang disifatkan sebagai genius telah mencipta intel versi Mac OSX. –Kedahnews.com