Zafira Mohd Nasir |
SEPANG - Tunang kepada atlet Paralimpik Muhammad Ziyad Zolkefli menyifatkan kemenangan bakal suaminya di Rio sebagai rezeki perkahwinan.
Zafira Mohd Nasir, 26, berkata segala persiapan perkahwinan yang dirancang diadakan pada November ini telah dibuat dan beliau tidak bercadang untuk membuat sebarang perubahan pada saat akhir walaupun dengan kemenangan Ziyad.
Bagaimanapun, jelasnya, masih ada perkara yang belum diputuskan oleh mereka iaitu lokasi bulan madu.
"Dia minta saya pilih tempat untuk berbulan madu tapi saya belum berfikir tentang lokasi yang sesuai.
"Rakan-rakan cadangkan saya pergi ke Maldives, Bali atau negara-negara Eropah, tengoklah mungkin saya pilih Maldives," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kompleks Bunga Raya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi menyambut ketibaan kontinjen Paralimpik negara di sini, Khamis.
Zafira yang berasal dari Kuala Lumpur berkata beliau bagaimanapun akan berbincang dengan Ziyad terlebih dahulu dan sebelum membuat keputusan bersama.
"Bercuti dalam negara pun saya ok, sebab saya belum habis pusing Malaysia," katanya yang mengenali Ziyad sejak 2009.
Zafira yang berkerja di bahagian khidmat pelanggan berkata sejak memenangi pingat emas, tunangnya itu ada menghubunginya untuk bertanya khabar dan perkembangan persiapan kahwin mereka.
Pada Paralimpik kali ini Ziyad berjaya memecahkan rekod dunia sebanyak dua kali sebelum memenangi pingat emas dalam acara lontar peluru F20 (masalah pembelajaran).
Ziyad bakal menerima tambahan RM20,000 sebagai bonus kerana memecah rekod dunia selain insentif RM1 juta di bawah skim Majlis Sukan Negara (MSN).
Sumber: mStar